Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua.
Sempena pembukaan Gymnasium Evolution yang baru, kami bagi pihak Gymnasium Evolution menawarkan beberapa perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna, insyaallah. Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang kami tawarkan di Gymnasium Evolution adalah : Program membina badan, kelas erobik, program menguruskan badan, membekalkan barangan kesihatan, menyediakan perkhidmatan Personal Instructor dengan pakej-pakej yang menarik serta memberi perkhidmatan untuk menyewa ruang bagi melakukan apa-apa aktiviti.
Alamat Gymnasium Evolution adalah :
33A/34A, Tingkat 1, Jalan PSK 1,
Pekan Simpang Kuala,
05400 Alor Setar,
Kedah.
Gymnasium Evolution mula beroperasi dari pukul 7.30 pagi hingga ke pukul 11.00 malam.
Pengguna dapat bermain secara percuma pada 16 dan 17 September 2010 ini sempena promosi pembukaan.
Pendaftaran ahli juga boleh dibuat pada hari tersebut.
Kami di pihak Gymnasium Evolution mengalu-alukan kedatangan anda.
"TEROKAI ALAM KECERGASAN"
No comments:
Post a Comment