HOME

Thursday, 23 September 2010

Bina badan

Bina badan

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Bina Badan merupakan sejenis sukan/gaya hidup untuk membina otot melalui gabungan rutin latihan mengangkat berat, menambah pengambilan kalori, dan rehat. Dalam sukan bina badan, peserta akan mempamerkan bentuk badan mereka kepada hakim yang akan menilai dan memberi mata berdasarkan ciri ciri tertentu.
Pada mulanya sukan ini hanya dipelopori oleh kaum lelaki, namun pada tahun 1980an, kaum wanita mula tertarik untuk terlibat dalam bina badan. Kini, sukan bina badan adalah sama antara kedua dua jantina.
Di Asia, sukan bina badan kelihatan sugul. Ini mungkin disebabkan bina badan memerlukan sumber kewangan yang tinggi disamping adat kesopanan Timur yang tidak menggalakkan keterbukaan seperti di Barat. Namun akhir akhir ini, bina badan mula mendapat tempat di Asia yang mengakibatkan pusat pusat kesihatan gimnasium tumbuh bagaikan cendawan.
Sukan bina badan tidak boleh disalahertikan sebagai sukan angkat berat Olimpik, pertandingan Strongman atau Powerlifting. Ketiga tiga jenis sukan ini mengutamakan kekuatan individu tetapi bina badan lebih menumpukan perhatian kepada penjagaan dan nilai estetik bentuk badan seseorang. Dalam bina badan, bentuk dan saiz adalah lebih penting daripada berat yang boleh diangkat.

GAMBAR-GAMBAR DI EVOLUTION GYMNASIUM, PEKAN SIMPANG KUALA, ALOR SETAR KEDAH

Tuesday, 14 September 2010

GAMBAR-GAMBAR

PROMOSI PEMBUKAAN GYMNASIUM EVOLUTION DI PEKAN SIMPANG KUALA, ALOR SETAR KEDAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua.
Sempena pembukaan Gymnasium Evolution yang baru, kami bagi pihak Gymnasium Evolution menawarkan beberapa perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna, insyaallah. Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang kami tawarkan di Gymnasium Evolution adalah : Program membina badan, kelas erobik, program menguruskan badan, membekalkan barangan kesihatan, menyediakan perkhidmatan Personal Instructor dengan pakej-pakej yang menarik serta memberi perkhidmatan untuk menyewa ruang bagi melakukan apa-apa aktiviti.


Alamat Gymnasium Evolution adalah :

33A/34A, Tingkat 1, Jalan PSK 1,
Pekan Simpang Kuala,
05400 Alor Setar,
Kedah.

Gymnasium Evolution mula beroperasi dari pukul 7.30 pagi hingga ke pukul 11.00 malam.

Pengguna dapat bermain secara percuma pada 16 dan 17 September 2010 ini sempena promosi pembukaan.
Pendaftaran ahli juga boleh dibuat pada hari tersebut.

Kami di pihak Gymnasium Evolution mengalu-alukan kedatangan anda.

"TEROKAI ALAM KECERGASAN"